Thursday 28 January 2010

Lantik MB Kuasa Sultan

PAKAR Perlembagaan, Profesor Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa berkata parti yang memenangi pilihanraya berhak mencalonkan nama untuk perlantikan Menteri Besar, namun kuasa melantik MB terletak pada timbangtara Istana.

Jelas beliau dalam satu temubual bersama media Malaysia-kini, Perlembagaan menggariskan Sultan atau wakil yang diama-nahkan baginda berkuasa untuk melantik mana-mana calon dari parti yang memenangi pilihanraya bagi menjawat Ketua Eksekutif negeri.

“Seperti yang digariskan undang-undang, khususnya dalam hal timbangtara dan perkenan baginda Sultan, Idris Jusoh mahupun Perdana Menteri tidak boleh membuat paksaan dalam hal ini. Bahkan menurut undang-undang, PM tidak berhak untuk campurtangan kerana dalam hal ini, hanya Sultan yang menentukan,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, Abdul Aziz berkata pihak Istana harus menjelaskan sebab di sebalik keputusan itu.

“Dikatakan baginda Sultan murka dengan tragedi Batu Buruk dan kekacauan yang berlaku di Marang ketika hari pengundian lalu. Dua alasan ini sudah cukup kuat kerana Sultan bertanggungjawab melindungi Perlembagaan dan memastikan proses pilihanraya dilaksanakan dengan adil,” tegas Aziz.

“Saya yakin baginda Sultan mempunyai segala maklumat berkenaan kejadian yang berbangkit dalam negeri. Serta, sepertimana langkah yang diambil oleh monarki Perak, Perlis dan Selangor, Tuanku diamanahkan untuk melantik kerajaan yang stabil dan mempunyai sokongan yang luas,” kata Aziz.

Mengapa Umno diam di Perlis tapi mengganas di Terengganu?

Dengan menggambil contoh insiden perlantikan MB Perlis, Aziz Bari berkata kejadian di Perlis menguatkan hujah bahawa BN seharusnya menenangkan diri dan menerima titah Istana dengan hati terbuka.

Sejurus PRU12, Raja Perlis menguatkuasakan kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan untuk melantik Adun Bintong, Md Isa Sabu, selaku Menteri Besar dan menolak Shahidan Kassim yang disyorkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perlantikan Md Isa, Abdullah dan Umno tidak menyanggah mahupun membuat tunjuk perasaan membantah tindakan Raja Perlis itu. Respon Umno ini bagaimanapun berbeza dengan situasi di Terengganu.

“Undang-undang menggariskan bahawa ia tertakluk kepada Sultan, atau sesiapa sahaja yang di-amanahkan untuk melaksanakan kuasa itu. Bahkan, kuasa ini subjektif,” kata Abdul Aziz dan menambah kerana itu Raja Perlis berhak melantik Md Isa dan tidak tepat untuk mendakwa baginda telah melangkaui batas

No comments:

Post a Comment