Thursday 28 January 2010

Muhyiddin: Tindakan cabar Kedaulatan Melayu tidak sesuai

;">


MELAKA, Dis 14 — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) menyifatkan tindakan pembangkang yang memainkan sentimen mencabar Kedaulatan Melayu dalam menarik perhatian masyarakat kepada mereka sebagai tidak sesuai dengan perlembagaan negara ini.

“Kita menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi berlandaskan kepada perlembaagaan kita sendiri,” katanya.

Timbalan Presiden Umno ini juga tidak mahu pemimpin parti pembangkang memainkan isu itu yang sensitif kepada masyarakat Melayu.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap sempena majlis perasmian perhimpunan agung tahunan ketiga Majlis Veteran Umno Malaysia di Ayer Keroh di sini malam tadi.

Dalam pada itu kata beliau Umno akan melancarkan program raksasa “Umno Juara Rakyat” bermula bulan depan sebagai gerakan baru memenangi hati para pengundi Melayu.

Muhyiddin berkata program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga. “Gerakan yang baru ini merupakan satu transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Umno Zahid Sirat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mengajak anggota veteran Umno sama-sama terlibat dalam program itu kerana semangat mereka masih diperlukan dan diiktiraf. Beliau berkata pilihan raya umum lepas mencatatkan trend mengundi masyarakat Melayu yang tidak lagi berpihak kepada Umno dan berpecah kepada mengundi parti pembangkang

http://www.themalaysianinsider.com

Kedaulatan Raja Melayu bukan sekadar simbolik

Kedaulatan Raja Melayu bukan sekadar simbolik

Nazirul wroteon April 25, 2009 at 10:38pm


Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman

Perlembagaan jamin kedudukan, status Sultan

Ramai antara kita yang biasa mendengar sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, tetapi tidak ramai yang tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Boleh Tan Sri jelaskan?

Ia satu perkara yang panjang. Tetapi apa yang penting, kita perlu balik kepada sejarah, iaitu sejarah Perlembagaan kita. Pentadbiran negara kita sekarang kerangka asasnya ialah Demokrasi Berparlimen dan satu lagi, Raja Berperlembagaan. Ini dua konsep yang penting. Asas pentadbiran negara ialah Perlembagaan iaitu Perlembagaan bertulis yang merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri yang lain. Perlembagaan ini ada sejarahnya, bukan timbul sebegitu saja. Jadi kita kena balik kepada asasnya. Sebelum merdeka, kita sudah ada Perlembagaan, peringkat Persekutuan dikenali Federation of Malaya Agreement atau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Setiap negeri sudah ada Perlembagaan masing-masing. Jadi, kalau kita bincang Perlembagaan sekarang, kita tidak dapat lari daripada memperlihatkan isi kandungan Perlembagaan sebelum merdeka, terutama dari segi status dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Saya nak jelaskan, sebelum merdeka, Tanah Melayu ada sembilan negeri yang dinaungi Raja dan dua negeri tidak beraja iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ini disebabkan statusnya sebagai Straits Settlements Crown Colony atau tanah jajahan British. Sembilan negeri itu dikenali 'Protected States' atau negeri dilindungi di bawah jagaan kerajaan Inggeris.

Ini bererti sembilan negeri itu, kedaulatan Raja atau Sultannya masih ada sebab ia bukan jajahan. Pemerintahan di bawah nasihat British tetapi pemerintahan harian diteruskan kerajaan negeri. Ada Menteri Besar, setiausaha kerajaan dan Penasihat Undang-Undang dan Sultan. Sultan itu ada dan kedaulatan serta kemuliaannya tidak terjejas. British cuma nasihat saja tetapi nasihatnya kita kena ikut sebab ada perjanjian dengan British. Sultan tandatangan perjanjian dengan British untuk jaga keselamatan supaya tidak diserang pihak lain kerana ketika itu, negeri Melayu tiada askar atau polis yang kuat.

Saya nak terangkan, kedaulatan Raja-Raja sudah ada apabila kita berunding untuk dapatkan kemerdekaan dengan British. Ia membabitkan pihak yang penting iaitu Raja-Raja Melayu, kerajaan British dan rakyat yang diwakili parti politik.

Dipendekkan cerita, jika Raja-Raja Melayu tidak bersetuju dengan kemerdekaan itu, kita tidak boleh merdeka walaupun British nak bagi kemerdekaan. Ini disebabkan sembilan negeri itu hak Raja-Raja Melayu. Ramai tak tahu fakta ini, terutama bangsa bukan Melayu. Mereka perlu faham fakta ini. Kerajaan British beri syarat, jika penduduk Tanah Melayu tiada persetujuan mengenai hak masing-masing, ia tak nak beri kemerdekaan. Jika kerajaan British tak nak beri kemerdekaan, kerajaan British boleh lepaskan semua negeri itu dan setiap satunya boleh merdeka di bawah Raja-Raja seperti yang berlaku kepada Brunei yang dilepaskan oleh British. Negeri-negeri Melayu pun boleh macam itu, tetapi kita tak buat macam itu sebab kita ada banyak bangsa. Ekonomi pun catat pertumbuhan baik hasil pembabitan dan usaha semua kaum dalam negeri itu.

Berbalik kepada sejarah tadi, memang ada peranan Raja. Ada kedaulatan Raja. Sebab itulah apabila Perlembagaan kemerdekaan 1957 itu dimaktubkan, ada kuasa tertentu dan ada peranan tertentu bagi Raja Melayu, sebab ini negeri baginda. Kita tidak boleh kata Raja ini simbolik saja. Kalau dulu kita kata mereka ini simbolik, sudah pasti mereka takkan setuju. Selepas itu ditubuhkan dalam Perlembagaan ada Majlis Raja-Raja, ada ketua negara, Yang di-Pertuan Agong iaitu raja yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja pun bukan simbolik, sebab ada tugas tertentu. Dalam Perlembagaan Persekutuan ini, kita jamin kedudukan Perlembagaan Negeri yang ada, tidak terjejas kedudukan Raja-Raja Melayu di setiap negeri. Artikel 71 dan 181 Perlembagaan misalnya, memberi jaminan kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja.

Kewujudan institusi diraja dan Raja Berperlembagaan itu memang sudah jelas termaktub. Persoalannya, apakah kepentingan institusi berkenaan?

Perkara penting yang saya nampak ialah kebesaran, kemuliaan dan prerogatif bagi Raja Melayu di setiap negeri dijamin dalam Perlembagaan. Ini semua memberi pengaruh, persepsi kepada rakyat bahawa tempat rakyat berlindung ialah kedaulatan Raja ini.

Institusi politik dan sebagainya boleh bertukar, tetapi institusi beraja tidak bertukar. Rakyat anggapkan institusi Raja-Raja sebagai tempat terakhir untuk mereka mengadu jika ada perkara besar-besar (pertikaian) yang berlaku. Raja sebagai orang tengah yang tidak memihak mana-mana pihak.

Ini bukan Raja di negara kita saja, tetapi juga sama seperti di negara lain di United Kingdom yang ada Ratu. Jika dilihat di United Kingdom, tidak ada Perlembagaan pun. Tapi ia lebih kepada aspek adat dan amalan mereka, apa yang sudah dipraktikkan sejak zaman berzaman. Rakyat pandang tinggi terhadap Ratu mereka. Jika ada masalah, Ratu memainkan peranan. Apa juga kata Ratu, dihormati semua orang. Itu di England.

Begitu juga di Thailand, pengaruh rajanya amat kuat biarpun dalam Perlembagaannya tidak sebut soal kuasa raja. Walaupun tak disebut, rakyatnya pandang raja sebagai tempat terakhir untuk mengadu. Sebab itu berlaku banyak kali, rajanya terpaksa campur tangan untuk selesaikan isu yang timbul.

Penjelasannya, kuasa raja dalam Perlembagaan tidak tertakluk kepada apa yang bertulis saja tetapi juga apa dikenali sebagai amalan atau praktik yang turut memberi pengaruh. Maknanya kita tidak boleh mengetepikan aspek seperti adat resam.

Satu lagi yang berkait dengan raja ialah agama Islam. Sudah turun temurun, kuasa Raja Melayu ini memang berkait rapat dengan agama Islam. Asas pemerintahan Raja Melayu adalah agama Islam. Oleh itu, apabila kita merdeka, satu perkara yang ditekankan oleh Raja-Raja Melayu dan juga wakil orang Melayu, agama Islam perlu menjadi agama Persekutuan. Perkataan rasmi itu tiada sebab dari awal lagi dan dari dulu lagi, agama Islam sebagai asas pentadbiran Raja-Raja Melayu. Dalam Perlembagaan Negeri sudah pun ada.

Perkara kedua, hak istimewa orang Melayu, yang sudah pun ada dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam perundingan itu, tidak timbul keperluan untuk berunding dengan siapa-siapa lagi dan ia dibawa saja ke Perlembagaan 1957 yang bertujuan menjamin Perlembagaan sedia ada. Kita cuma bawa ke depan saja. Ini asasnya dan kita kena faham.

Saya sendiri sudah banyak kali beri syarahan kepada semua penduduk dalam negara kita ini. Semua bangsa, tak kira Melayu atau bangsa lain, perlu faham fakta ini. Ada juga Melayu yang tak faham. Semua kena faham sejarah Perlembagaan. Kalau masih tak faham, kita kena faham peruntukan dalam Perlembagaan. Sebab apa ada Artikel 153? Sebab apa ada bahasa kebangsaan? Sebab apa agama Islam jadi agama Persekutuan? Ini sebabnya, semua perkara ini ada asasnya. Ia merangkumi apa yang sudah termaktub sejak dulu lagi. Apa yang dibuat sudah ada dalam sejarah beratus-ratus tahun lalu.

Jadi kedaulatan Raja-Raja bukan perkara baru dan tidak terjejas. Ia pernah terjejas selama dua tahun disebabkan Malayan Union iaitu pada 1946 dan 1947 kerana dalam Malayan Union, kerajaan British ambil alih semua sekali, termasuk kuasa raja dan kerajaan di bawahnya. Kemudian, orang Melayu diketuai Datuk Onn Jaafar, buat bantahan sekeras-kerasnya sehingga British setuju untuk bubarkan. Selepas 1946, kedaulatan Raja-Raja dan kerajaan Melayu dikembalikan dan diletakkan di bawah perjanjian 1948. Inilah asasnya yang membawa kepada Perlembagaan 1957.

Malangnya, Tan Sri, kita perlu akui hakikat ramai yang terus mempertikaikan institusi ini. Masih ada yang tidak nampak peranan sebenar atau kepentingan Raja-Raja Melayu dalam pemerintahan negara sehingga mencetuskan kekecohan seperti yang berlaku sekarang?

Raja memang ada peranan penting, Raja Berperlembagaan. Satu perkara, dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri ada sebut beberapa kuasa. Ada sebut mengenai kuasa Raja-Raja. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 40, menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong, manakala Artikel 48, merujuk kuasa Majlis Raja-Raja. Itu bertulis. Saya rasa ada perkara yang menyatakan Raja (di peringkat Persekutuan) iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Raja (peringkat negeri) hendaklah menjalankan tugasnya mengikut nasihat yang diberikan kerajaan dalam sistem Raja Berperlembagaan, iaitu Jemaah Menteri pada peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri, jemaah Exco. Ini perkara yang dipanggil sebagai Raja Berperlembagaan. Raja memerintah ikut nasihat kerajaan dan wakil kerajaan ini dipilih oleh rakyat. Rakyat bersuara melalui wakil-wakilnya, menasihat Raja. Ada yang mempersoalkan sekiranya nasihat daripada Jemaah Menteri dan Exco tidak dipersetujui Raja, bagaimana? Jawapannya, kita kena lihat dari segi praktikal atau amalan. Tujuan Perlembagaan dan mana-mana kerajaan lain di dunia ini ialah supaya negara stabil ditadbir dengan saksama dan rakyat dapat faedah dan wujud keharmonian.

Adalah diharapkan semua rakyat dan juga pemerintah supaya negara aman sentosa, boleh maju dan harmoni. Sekiranya keputusan kerajaan negeri menimbulkan masalah besar, kezaliman, saya rasa harapan rakyat kepada raja supaya raja tidak bersetuju dengan keputusan seumpama itu.

Raja-Raja kena bersetuju tetapi sebagai Raja Berperlembagaan jika keputusan itu memberikan kezaliman dan keseksaan kepada rakyat, maka Raja-Raja gunakan budi bicara membantu rakyat. Ini boleh dilakukan secara rundingan yang mana Majlis Raja-Raja dan Jemaah Menteri duduk berunding. Jika hasrat kedua-duanya sama untuk menstabil, mengamankan dan memberikan kemajuan, kecualilah di negara diktator dan komunis yang memerintah..itu lain. Kita di Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen yang memang suara rakyat. Suara rakyat bermakna majoriti rakyat setuju dengan keputusannya.

Ini bermakna peranan Raja-raja mewujudkan 'check and balance'. Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat apa yang mereka suka sungguh pun mendatangkan kezaliman dan sebagainya. Ini tidak bertulis dalam mana-mana nota atau Perlembagaan. Ini adalah adat, amalan dan realistik. Di Malaysia, Perlembagaan kita bertulis tetapi masih wujud pertikaian dan pertengkaran mengenai isu Perlembagaan. Itu sebab semua orang, tua, muda, tidak kira apa bangsa pun perlu faham inti pati, sejarah undang-undang dan Perlembagaan. Kalau tidak, susah dan timbul cakap-cakap di kedai kopi, bertengkar dan timbul balik pertikaian. Buat malu saja sedangkan hakikatnya kita yang tidak faham fakta.

Bagi Tan Sri, bagaimanakah pertikaian mengenai Perlembagaan ini dapat diatasi?

Pertama sekali kita kena beri pendidikan dan penjelasan melalui pelbagai saluran mengenai Perlembagaan Negara dan sejarah negara. Sebelum memahami Perlembagaan kita kena memahami sejarah. Misalnya, Artikel 153 (hak keistimewaan Orang Melayu), perkara ini diungkit ramai dan saya sendiri sudah beratus kali memberi syarahan mengenainya.

Bukan hanya saya seorang yang buat syarahan ini, sepatutnya lebih ramai yang berbuat demikian. Kita perlu letakkan asas Perlembagaan Negara pada peringkat awal supaya mereka dapat memahaminya, terutama di kalangan bangsa lain, Cina dan India.

Malah, saya pernah ditanya oleh pelajar Cina dan India dalam satu sesi syarahan di universiti mengenai Artikel 153 yang mereka katakan sebagai tidak adil. Pelajar Cina itu menyatakan beliau mendapat 9A, manakala kawannya orang Melayu mendapat 6A. Beliau tidak mendapat biasiswa tetapi rakannya orang Melayu boleh mendapat biasiswa. Dalam situasi ini, bagi saya, tidak salah menanyakan soalan berkenaan kerana beliau tidak tahu kedudukan sebenarnya.

Jadi, saya terangkan bahawa Artikel 153 diwujudkan kerana orang Melayu ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi. Jadi kerajaan wujudkan kuota untuk orang Melayu. Jika tiada kuota, orang Melayu akan terus mundur dan kemungkinan jauh ketinggalan.

Ketika ini ramai yang tidak faham Artikel 153, sedangkan ia sudah wujud sejak dulu sebelum merdeka lagi. Hasrat itu sudah ada sejak 1948 lagi. Contohnya dalam sistem kuota, sudah ada sejak dulu lagi. Malah sewaktu saya masuk universiti pada 1950-an, saya diterima mengikut sistem kuota ini. Begitu juga isu tanah rizab Melayu yang sudah ada sejak 1930-an di bawah pemerintahan British. British kata orang Melayu kena ada tanah dan kena buat rizab. Jika tidak, nanti orang Melayu terpaksa tinggal di dalam hutan.

Kerajaan British dan Raja-Raja Melayu mengubah enakmen di negeri masing-masing berkaitan rizab Melayu ini di semua negeri kecuali Pulau Pinang. Di Melaka dan Negeri Sembilan, ada tanah adat. Saya tahu, sebab saya pernah menjadi pegawai tadbir di Kelantan. Saya mula memasuki alam pekerjaan sebelum merdeka lagi ketika itu dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah (ADO), Pegawai Daerah � ketika itu adalah orang Inggeris.

Jadi dalam isu tanah ini, sudah ada enakmennya sebelum merdeka lagi dalam tahun 1930-an. Cetusan dalam enakmen itu dibawa dalam Perlembagaan di bawah Artikel 89 dan Artikel 90. Artikel 153, Artikel 89 dan 90 tidak boleh dipersoalkan kerana perkara ini dibawa sebelum merdeka. Kedudukan Raja-Raja Melayu, status, kuasa, kebesaran tidak boleh dipersoalkan di mana-mana pun, walaupun dalam Parlimen. Mereka yang berbuat demikian (persoalkan Raja Melayu ) boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.

Saya tahu perkara ini kerana saya yang buat draf ini kerana waktu itu saya menjadi pegawai Undang-undang di Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 1969. Ada empat perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan di mana-mana iaitu Hak Keistimewaan Orang Melayu yang termaktub dalam Artikel 157, keduanya, kerakyatan, ini termasuk orang Melayu tidak boleh persoalkan kerakyatan dimiliki India dan Cina, ketiga, kedudukan atau status Raja-Raja Melayu dan keempat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Artikel 152). Mengapa ia tidak boleh dibangkitkan? Ia tidak perlu dibangkitkan kerana sudah lama ada dan bukannya direka oleh sesiapa pun. Mana-mana saya pergi, perkara ini sering dibangkitkan dan saya nampak ia dijadikan modal politik dan bawa keluar macam-macam. Mereka perlu sedar hakikat ini.

Tan Sri menyatakan perkara ini tidak boleh dibangkitkan kerana sudah termaktub tetapi masih ada yang berani dan membangkitkan isu ini? Contohnya, pemimpin Melayu membangkitkan isu orang Melayu, orang Cina dengan isu orang Cina begitu juga India atas alasan Perlembagaan?

Semua ini wujud oleh dua kumpulan manusia iaitu satunya mereka ini faham tetapi sengaja gunakan untuk kepentingan diri, manakala satu lagi kelompok, golongan yang tidak faham mengenai Perlembagaan tetapi menggunakannya. Kedua-dua kelompok ini tidak berguna.

Kita mahu rakyat yang stabil, berfikiran waras dan faham ini semua bagi menstabilkan negara. Politik memang boleh, sesiapa saja boleh berpolitik tetapi kena berpolitik ideologi. Jangan politik dengan menyentuh perkara sensitif seperti Perlembagaan.

Bagaimana pula dengan alasan segelintir pihak yang mengakui tindakan mereka mempersoalkan Perlembagaan itu adalah selaras dasar demokrasi yang diamalkan di negara ini?

Itu sebab awal tadi saya katakan Demokrasi Berperlembagaan. Ini bermakna kita boleh bersuara tetapi kena merujuk kepada hak asasi. Boleh bersuara tetapi bersyarat. Mereka yang menggunakan alasan ini tidak baca habis Perlembagaan kerana dalam Artikel Hak Asasi memang menyatakan sesiapa saja bebas bersuara tetapi kena mematuhi dan tidak melanggar beberapa syarat ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh hal ehwal berkaitan keselamatan negara, tidak menyentuh isu perkauman dan sebagainya. Artikel 3, Kebebasan Beragama. Ini juga menetapkan syarat iaitu orang Islam tidak boleh bertukar ke agama lain. Demokrasi tidak bermakna kita bebas tanpa sebarang syarat dan batasan. Contohnya, bolehkah seseorang itu berbogel di khalayak ramai dan kita katakan itu sebagai demokrasi?

Apakah langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengatasi ketidakfahaman rakyat berhubung Perlembagaan Negara ini?

Sebenarnya banyak juga usaha kerajaan menghebah dan menerangkan mengenai Perlembagaan negara di media massa. Namun, saya rasa cara yang paling berkesan ialah dengan memasukkan perkara berkaitan Perlembagaan negara dalam sukatan mata pelajaran sistem pendidikan negara. Ini bermakna dari kecil lagi rakyat sudah memahami apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Janganlah pula kita masukkan perkara yang sukar dan pelik yang menyulitkan mereka. Masukkan perkara pokok. Perlembagaan negara yang dipraktikkan sekarang sebenarnya sudah difikirkan pemimpin terdahulu. Saya tahu mengenainya kerana menjadi penasihat undang-undang pada ketika itu. Pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Tun Tan Siew Sin dan Tun V Sambanthan ketika merangka perkara ini sudah fikirkan kesannya kepada rakyat. Saya tahu semua itu kerana membantu menulis draf berkenaan.

Bagaimana pula kenyataan yang menyatakan Raja-raja Melayu hanya untuk orang Melayu saja. Apakah ini tepat?

Rakyat kena faham Raja adalah payung negara begitu juga Sultan. Ini tidak tertulis dalam Perlembagaan tetapi kebesaran, kemuliaan dan kedudukan Raja itu adalah dalam amalan dan budaya, jadi dengan sendirinya ada pengaruh tertentu yang mana rakyat biasa dapat perlindungan daripadanya. Rakyat itu bukan merujuk kepada orang Melayu saja, tetapi juga kaum lain. Maka, tidak tepat dakwaan yang menyatakan Raja-Raja Melayu hanya untuk orang Melayu.

Jika kita lihat Akta Hasutan 1948 itu sudah jelas menerangkan mengenai tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang membangkitkan perkara sensitif ini. Tetapi ia seperti tidak berkesan untuk menghalang pihak yang terus mempertikaikannya. Mengapakah ini boleh berlaku?

Memang undang-undang sudah ada tetapi jika tidak dilaksana dan penguatkuasaan ia akan lemah. Maka kredibiliti kerajaan pasti akan dipersoalkan. Oleh itu kerajaan perlu mengambil berat soal penguatkuasaan dan langkah pencegahan yang bersesuaian. Jadi, perkara seperti ini perlu diselesaikan dengan lebih awal supaya ia dapat diatasi dan tidak merebak sehingga menjadi budaya dalam masyarakat.

Oleh itu, pendidikan ialah cara paling berkesan mengatasi perkara ini. Lagipun, Malaysia mendapat kemerdekaan dengan cara yang unik tanpa melalui proses pertumpahan darah. Kemerdekaan negara dicapai menerusi perundingan dan daripada sejarah negeri Melayu yang bersejarah.

Saya percaya rakyat sekarang tidak tahu bahawa semua yang dicapai ini wujud daripada sejarah lalu. Contohnya mengenai Malayan Union, saya percaya generasi muda tidak memahaminya. Malah saya sendiri pun ketika itu tidak faham walaupun pernah terbabit bersama dengan penduduk kampung menghantar memorandum kepada British di Kota Bharu membantah Malayan Union. Generasi selepas saya tidak merasainya dan mereka tidak tahu pun adanya memorandum dihantar kepada British ketika itu.

Saya pasti sangat tidak semua orang faham mengenai sejarah dan Perlembagaan ini. Malah, mereka yang arif mengenai undang-undang seperti peguam pun ada yang tak faham. Saya yakin dengan pendidikan yang baik, keadaan ekonomi yang baik dan kerajaan adil dan tidak zalim, orang ramai pula perlu berfikiran waras dan bertolak ansur supaya kita aman di negara ini.

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah usaha yang mahu melihat semua bangsa di negara ini bersatu padu dan negara menjadi aman. Saya percaya cadangan baik yang mahu melihat rakyat bekerjasama, hormat menghormati dan tidak berpecah belah. Dalam hal itu, kita kena beritahu semua pihak berpandukan kepada Perlembagaan. Kini sudah 52 tahun Perlembagaan diwujudkan, malah pindaan dibuat untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

http://pa-in.facebook.com/topic.php?uid=74556132303&topic=7935

Kedaulatan Raja Melayu dan Islam

Bookmark and Share

Oleh DATO’ DR ISMAIL IBRAHIM

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan titah beberapa orang daripada baginda Raja-Raja Melayu berhubung dengan kedudukan Islam, kontrak sosial serta kedudukan Raja-Raja berperlembagaan, yang keseluruhannya bertujuan mengingatkan rakyat tentang keluhuran Perlembagaan negara yang seharusnya dipertahankan demi menjaga keharmonian dan perpaduan, merupakan satu sejarah tersendiri yang luar biasa, kerana hal-hal begini biasanya dibicara dan dikeluarkan oleh kuasa politik yang memerintah negara.

Raja-Raja Melayu memanglah sewajarnya mengeluarkan kenyataan begitu, supaya rakyat umumnya memahami bahawa Raja-Raja Melayu merupakan tumang pemerintahan negara yang seharusnya dihormati oleh semua lapisan rakyat, terutamanya ketika kuasa politik negara dihujani dengan kepelbagaian cabaran dalaman dan luaran yang menggugat kestabilan negara. Maka kenyataan Majlis Raja-Raja dan titah para Raja sendiri adalah merupakan sesuatu yang seharusnya diberikan perhatian serius oleh rakyat dan kerajaan.

Dalam tulisan ini, saya hanya akan menyentuh satu isu sahaja daripada kenyataan Raja-Raja itu, iaitu tentang kedudukan Islam sebagai agama negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan negara.

Sejarah negara kita mengemukakan banyak fakta dan peristiwa yang memugkinkan pihak Raja-Raja Melayu mengingatkan rakyat kepelbagaian kaum supaya tidak bertindak melampau menafikan kedaulatan agama Islam di negara ini. Raja Melaka, Parameswara, mengikut catatan sejarah, memeluk Islam sebagai lambang pengislaman kerajaan Melayu, dan permulaan sejarah negara di bawah naungan Raja Melayu ini tidak seharusnya dicabar dengan swenang-wenangnya.

Prinsip perundangan dan perlaksanaan Islam selaras dengan adat istiadat Melayu yang telah diterima berdekad-dekad lamanya di negara kita seharusnya diambil sebagai satu kepunyaan rakyat semua kaum, kerana pelaksanaan Islam secara adil itu tidak pernah menyentuh hak dan kepentingan serta kebebasan beragama rakyat bukan Islam.

Sejarah juga membuktikan bahawa Kerajaan Melaka pernah menerbitkan teks undang-undang yang bernama Risalah Hukum Kanun berasaskan undang-undang Islam tentang perkahwinan, muamalat, keterangan, kehakiman dan jinayat. Risalah ini merupakan dokumen penting tentang perlaksanaan Islam di dalam masayarakt Tanah Melayu, untuk menjamin kestabilan dan keadilan pemerintahan bagi masyarakat berbilang kaum yang sedia wujud pada ketika itu.

Hal ini telah membuktikan kedaulatan Raja Melayu dan status agama orang Melayu yang seharusnya diakui oleh rakyat, tanpa melihatnya dari sudut yang negatif, atau menganggapnya sebagai satu ugutan kepada masyarakt berbilang agama dan budaya. Dari sudut inilah, dan dari sudut status Islam dan Melayu di negara ini, terdapat kecenderungan sesetengah para pejuang tanah air kita yang ingin menegakkan prinsip “ketuanan Melayu” mengikut kefahaman mereka, iaitu ketuanan yang tidak seharusnya diterjemahkan secara literal sehingga dengan itu rakyat akan mendapat tanggapan bahawa ketuanan Melayu merupakan satu gagasan atau kaedah yang akan menjadikan orang bukan Melayu sebagai hamba dan rakyat kelas bawahan, yang seharusnya hanya tunduk kepada Melayu.

Bertolak daripada kefahaman ini, ramai pula para pejuang negara kita yang tidak bersetuju dengan konsep ketuanan Melayu ini, kerana istilah ini telah membawa konotasi yang boleh menimbulkan rasa gelisah dan cemas di kalangan masyarakat bukan Melayu.

Oleh hal demikian itu, agak adil bahawa konsep ketuanan Melayu ini dapat dilihat dari sudut yang lebih positif dan tidak menimbulkan sebarang prasangka di dalam masyarakat kita, iaitu ketuanan Melayu adalah bermakna status Melayu yang dihubungkan dengan agama, budaya, adat resam, bahasa, dan kedudukan istimewa mereka sebagai rakyat Melayu yang dipayungi oleh Raja-Raja Melayu sendiri, dan sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajahan tanah air kita ini yang memakan korban yang banyak daripada orang Melayu sendiri.

Inilah konsepnya keistimewaan orang Melayu di negara ini, yang sebenarnya mempunyai dan memiliki tanah air mereka ini sejak sekian lama. Sekiranya terdapat aliran yang ingin mencabar kuasa Raja-Raja Melayu, maka cabaran itu adalah merupakan cabaran kepada kedudukan Melayu sendiri di dalam negara yang asalnya bernama Tanah Melayu ini.

Sejarah juga mencatatkan bahawa terdapat beberapa buah negeri Melayu yang telah menjadikan Islam sebagai dasar perlembagaan negeri tersebut, seperti yang telah dilakukan di negeri Johor pada tahun 1895 dan Terengganu pada tahun 1911. Tetapi sayangnya fakta sejarah ini hanya tinggal dalam catatan sejarah, tanpa dijadikan asas maklumat dan pendidikan rakyat umum, sehingga seolah-olah Tanah Melayu ini merupakan satu bumi asing dari kita semua, sehinggakan orang Melayu sendiri juga telah dilihat sebagai “pendatang” di negaranya sendiri.

Sejarah Tanah Melayu baru, yang diberikan nama “Malaya” oleh penjajah, juga memperlihatkan pengiktirafan yang sejati tentang status agama Islam, iaitu ketika parti Perikatan mengemukakan memorandum kepada Lord Reid, Pengerusi Suruhanjaya Deraf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Perlembagaan Merdeka 1957) mencadangkan supaya agama Islam dijadikan agama negara Malaya, dan sebagai balasannya yang adil maka prinsip ini tidak menyentuh hak warga negara bukan Islam untuk menganut agama mereka. Cadangan inilah yang telah diterima dan dimaktubkan di dalam Perlembagaan negara kita.

Kesediaan dan komitmen tiga kaum terbesar Malaya ketika menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada Kerajaan British, iaitu tentang kedudukan agama Islam dan kebebasan bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka dalam aman dan harmoni, merupakan satu persefahaman asas yang menjadi prinsip pemerintahan negara ini. Hal inilah juga yang merupakan satu pendirian bersama yang dapat ditafsirkan sebagai kontrak sosial dalam beragama di negara ini, di samping kontrak sosial di dalam aspek-aspek yang lain lagi, yang tidak saya sentuh di sini.

Kontrak sosial tentang agama ini adalah merupakan persetujuan bersama di antara rakyat keseluruhannya tentang kandungan persetujuan yang telah diterima untuk diperuntukkan di dalam Perlembagaan kita. Oleh itu, amatlah malang sekali jika terdapat pihak-pihak yang cuba menafikan tentang wujudnya kontrak sosial ini ketika negara kita mencapai kemerdekaan dulu, atau berusaha untuk tidak memahaminya sebagai satu wadah keharmonian bangsa di dalam negara kita pada saat ini. Golongan inilah yang kelihatannya sedang mencuba untuk mencabar prinsip agama Islam di negara kita yang telah pun menjadi amalan dan diterima baik oleh semua kaum ketika negara kita mencapai kemerdekaannya.

Keputusan yang dikeluarkan oleh Raja-Raja Melayu amatlah kena dan tepat pada masanya ketika masyarakat berada di ambang perpecahan, dan menghadapi keadaan yang runcing, terutamanya sehingga terheret isu-isu agama yang remeh dan tidak sepatutnya ditimbulkan di dalam masyarakat kita yang bertamadun ini.

Institusi Raja melayu merupakan institusi yang mempertahankan Islam di semua negeri dalam Malaysia kerana Raja-Raja merupakan ketua agama Islam. Istilah “Islam” ini pula tidaklah seharusnya dipertikaikan sebagai amalan ritual semata-mata, iaitu satu konsep yang cuba disempitkan pentafsirannya seperti yang sedang dilakukan oleh sesetengah golongan di dalam masyarakat kita.

Adalah amat diharapkan bahawa proses dan usaha mempertingkatkan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia, dan usaha mengemaskinikan latihan dan pengeluaran tenaga manusia yang berkemampuan di dalam pentadbiran agama akan dapat dilipatgandakan lagi untuk melahirkan institusi pentadbiran, kehakiman, pendidikan dan semua institusi agama yang lebeh berwibawa dan cekap, sesuai dengan perkembangan negara yang pesat membangun.

Pendeknya, kedudukan Islam di Malaysia merupakan satu teras kewujudan institusi Raja Melayu, dan hal ini amat terserlah kepada dunia kerana Yang Dipertuan Agong sendiri ketika mengangkat sumpah jawatan, di antara lainnya telah berikrar akan mempertahankan agama Islam. Sebagai pemerintah tertinggi negara, ikrar yang dilafazkan ini amatlah bermakna sekali bagi rakyat dan negara.

Oleh hal yang demikian itu, apabila Raja telah bertitah, maka tidaklah seharusnya akan timbul lagi sebarang gerakan melampau yang bertujuan mempolitikkan agama mengikut kepentingan peribadi, atau kumpulan yang tertentu sehingga meletakkan Islam di persimpangan jalan yang berbahaya.

Kita dalam keadaan sekarang tidak memerlukan golongan pelampau, termasuk golongan pelampau di dalam agama, iaitu kumpulan pelampau agama daripada semua agama yang diamalkan di Malaysia. Hal ini disebutkan kerana di dalam apa saja agama yang wujud di dalam dunia ini akan terdapat golongan pelampau dan fanatik melulu di dalam agama tersebut.

Golongan agama pelampau dan taksub inilah yang seharusnya kita lenyapkan daripada berleluasa di dalam negara kita yang selama ini telah berjaya menghayati kehidupan aman dan tenteram, penuh toleransi dan harmoni


http://ummatanwasatan.net/?p=4010

the rule of law/kedaulatan undang-undang

razaleigh.com

Tengku Razaleigh’s official weblog

the rule of law/kedaulatan undang-undang

with 23 comments

A shameful scene is unfolding in Perak.

Let me follow up on what I said earlier about the status of the Chief Minister.

The Constitution is the highest law of the land. It is the foundation and source of legal authority, and the Rulers are sworn to protect and uphold it.

According to the Constitution, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin is Menteri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority.

Two principles need clarifying in the light of today’s events:

First, the government of the day is established according to rules and principles codified in the Constitution. This is the difference between legitimately formed government and tyranny, which is rule by the law of the jungle.

Second, legitimate constitutional government draws all its authority from the consent of the people and only from that consent. The people consent because it is their government formed according to their constitution, whose leaders they have chosen through free and fair elections.

We need to test that consent periodically. At key points such as when governments are to be formed or to be dissolved, the Constitution provides for formal, definitive tests to find out how much of the people’s ‘consent’, or support, a government really has.

So we conduct elections to test how much support a candidate for leadership has among the people. The question is posed in elections governed by rules and oversight agreed ahead of time. If those elections are not held, or if there is some doubt that they are free and fair, then the question of legitimate leadership is not determined. It doesn’t matter how many men with flaming torches march chanting your name in the middle of the night. You need to prove you have the support of voters in a free and fair election.

Similarly, the Constitution provides for a definitive way to test if the Chief Minister or the Prime Minister commands a majority in the dewan or in Parliament, as the case may be. We put the question to a vote of confidence on the floor of the Dewan. Only the answer of the assembly counts. It doesn’t matter how many sworn statements, defections, press conferences, and declarations you have, nor what forms of advertisement, display, inducement or force you bring to bear on the question.

To formally test the mandate of the current government, whether in Perak, Sabah or the Federal government, the question must either be put to the people through state elections, or to the assemblymen through a formal vote in the dewan. These are the only tests that count in our constitutional democracy.

This is what it means to be a parliamentary democracy. To remove and install governments in any other way is to violate the Constitution, erode the rule of law, and to run the risk of forming an illegal government.

Legitimate authority can only be established through the democratic means spelled out in our constitution. Rightful authority is an entirely different thing from the brute power that can be bought, sold or seized by force.

The invisible laws make our government, nation and society possible. I won’t begin to describe the harm we would do these things if we began to ratify power achieved without regard for the rule of law.

kedaulatan undang-undang

Suatu adegan yang memalukan kini berlangsung di Perak.

Izinkan saya membuat susulan tentang apa yang telah saya katakan tentang status Menteri Besar.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara kita. Ianya asas dan sumber kuasa undang-undang; Raja-Raja Melayu telah mengangkat sumpah supaya membela dan mendukungnya.

Mengikut Perlembagaan, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar sehinggalah beliau sendiri meletakkan jawatannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri semasa ia bersesi. Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan untuk pemecatan dengan cara lain, walaupun dengan mengemukakan petisyen ataupun diarah oleh mana-mana kuasa lain.

Dua prinsip asas perlu dijelaskan memandangkan apa yang telah berlaku hari ini:

Pertama sekali, kerajaan semasa ditubuhkan mengikut peraturan dan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan. Inilah bezanya antara kerajaan yang ditubuhkan secara sah dengan perampasan kuasa, iaitu cara yang tidak bertamadun.

Kedua, kerajaan yang sah dan berperlembagaan memperolehi kuasanya daripada keizinan rakyat, dan hanyah daripada keizinan itu. Rakyat memberi keizinan ini kerana ianya kerajaan mereka yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan mereka, dan pemimpin mereka dipilih melalui pilihanraya yang bersih dan adil.

Dari masa ke semasa kita perlu menguji keizinan itu. Di saat-saat genting seperti apabila kerajaan akan ditubuhkan atau dibubarkan, Perlembagaan memberi peruntukan supaya melakukan ujian yang formal dan muktamad untuk mengetahui betapa kuat sokongan, atau keizinan, yang diberi kepada kerajaan itu.

Oleh itu, kita kendalikan pilihanraya untuk menguji setinggi mana sebenarnya sokongan rakyat diberi kepada seorang bakal pemimpin. Soalan ini akan dijawab semasa pilihanraya yang ditadbir dengan peraturan dan kekhilafan yang dipersetujui terlebih dahulu. Sekiranya pilihanraya tidak diadakan, atau terdapat keraguan yang ianya bersih lagi adil, jadi kepimpinan yang sah tidak dapat ditentukan. Tidak kira betapa ramai orang yang datang meriakkan nama kamu di tengah malam. Apa yang perlu dibuktikan hanyalah sokongan para pengundi semasa pilihanraya.

Perlembagaan juga memberi peruntukan yang muktamad untuk menguji samada Menteri Besar atau Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Ianya melalui undi tak percaya di dalam Dewan tersebut. Jawapan yang diberi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (atau Parlimen) sahaja yang boleh diambil kira. Kenyataan bersumpah, berpaling tadah, persidangan akhbar, pengisytiharan, pengiklanan atau apa jua dorongan lain tidak boleh diambil kira.

Untuk menguji secara formal mandat kerajaan semasa, samada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, ia mesti dilakukan oleh rakyat melalui pilihanraya, atau melalui undian di dalam Dewan Undangan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan. Ini sahaja cara yang muktamad dalam sebuah demokrasi berperlembagaan.

Inilah ertinya sebuah demokrasi berparlimen. Menubuhkan atau menjatuhkan kerajaan melalui apa jua cara lain melanggar prinsip-prinsip Perlembagaan, mencabuli hak undang-undang dan mengambil risiko membentuk kerajaan yang tidak sah.

Kuasa yang sah hanya boleh didirikan melalui cara-cara demokratik yang tertera di dalam Perlembagaan kita. Ia bertentangan daripada kekuasaan yang dijual-beli atau diambil secara paksa.

Undang-undang ini yang membolehkan kita berfungsi sebagai sebuah negara, kerajaan dan masyarakat. Sekiranya kita mula mempersetujui kuasa yang didapati tanpa mengambil kira undang-undang yang sedia ada, kesannya amat buruk sekali.

Jangan Persendakan “kedaulatan Raja-raja Melayu

Kenyataan Pengerusi DAP Malaysia, Kapal Singh berhubung hasratnya menyaman ke bawah duli Sultan Perak , baru-baru ini benar-benar memberi tamparan hebat bagi orang Melayu. Kenyataan Kapal Singh ini sebenarnya seperti sudah lama dipendamnya, umpamanya isu masuk campurnya dalam urusan Jabatan Agama Islam Perak pada tahun lepas.
Hasrat Kapal Singh menyaman Sultan Perak yang sebagaimana kita ketahui, ialah berpunca dari isu “ kemenangan ajaib BN Perak” yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak apabila BN perak mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan.

Jangan Perkotak- katikkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak

Pakatan rakyat (PR) seharusnya menuding jari pada diri sendiri , apabila kepercayaan yang diberikan oleh rakyat jelata khususnya di Perak, pada pilihan raya umum ke 12 (PRU 12), tidak dibuat bersungguh -sungguh, apabila berlakunya masalah dalaman sepertinya pepecahan pendapat, isu kuasa memerintah, kerajaan boneka dan isu harta benda seperti isu kereta yang mana lebih banyak jika dibandingkan dengan perhebahan membantu rakyat perak serta turun padang ke kawasan masing-masing.

Bekas Menteri Besar dan Exco Kerajaan Campuran Perak yang sampai sekarang masih mengganggap masih berkuasa seharusnya menghormati Undang –undang Perak dan perkenan Sultan Perak.

Hal demikian, rakyat jelata mesti memahami, setiap undang-undang negeri –negeri di Malaysia ada kelainannya, khususnya di negerai Perak, yang mana Perak menggunakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (UUTKP). Perkara ini boleh dilihat berdasarkan peruntukan Fasal 16(6), yang antara lainnya menyebut ;

Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN –
MB hendaklah (”shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (”Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.

Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini.

UUTKP juga memberi penerangan berdasarkan peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya). Fasal 18(2) (b) menerangkan bahawa Sultan Perak menggunakan kuasa budi bicara (kuasa menentukan sesuatu dan bertindak atas penilaiannya sendiri. Sultan menggunakan fasal ini bagi memikirkan kebenarannya dan memperkenankan kerajaan baru dibuat.

Perpaduan orang Melayu dan bangsa lain bersama

Setelah berlakunya demontrasi di Istana Kuala Kangsar, timbul satu perasaan hati kecil yang bertanya-tanya, kenapa sampai begini jadinya sehingga sanggup melampaui batasan kenormaan orang Melayu. Jika dikatakan demontrasi dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang menghimpunkan parti DAP, Keadilan , dan Pas, tetapi kenapa hanya ada orang Melayu (Pas) yang menyorak-yorak dan berdemontrasi . Mana hilangnya kawan-kawan mereka di kalangan DAP dan Keadilan.” Tepuk dada tanya iman”. Ada juga sebahagian penyokong pembangkang menunjukkan kekesalannya kerana kawan-kawan ( parti) mereka yang hilang entak ke mana.

Kita sedia maklum, bahawa kuasa bekas kerajaan campuran Perak adalah dipegang oleh DAP, dan hal ini telah menjadikan MB (PAS) sebagai boneka mereka. Cuma, perkara yang menjadi tanda tanya, adakah orang Melayu yang menyertai DAP juga telah “menderhaka” perintah Sultan dan raja-raja Melayu, sebagai mana pengerusinya iaitu Parti DAP Kapal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak.

Jika disusuri dalam “Sejarah Melayu” ataupun “Sulalatus salatin” yang dinukilankan oleh Tun Sri Lanang, telah memberi gambaran bahawa orang Melayu pantang menderhaka kepada rajanya. Perkataan “ derhaka” bagi orang Melayu jika ketika dahulu sangat ditakuti kerana di datangi oleh “tulah”.Seharusnya orang Melayu perlu menghormati Sultan dan raja-raja Melayu sebagaimana raja bertindak sebagai ketua negara, dan ketua agama Islam.

Seharusnya, pada masa ini orang Melayu perlu bersama-sama bermuhasabah diri setelah bermacam ketidakstabilan perpaduan orang Melayu yang merugikan bangsa sendiri.Hal ini bukan hanya bagi Pakatan Rakyat (Melayu) tetapi perlu diambil serius oleh Barisan Nasional (Melayu). Orang Melayu Perlu berikrar menjaga kedaulatan Raja-raja Melayu, agar anak-anak warisan kita faham erti Kesultanan dan raja-raja Melayu.

Janganlah sampai mahu menjatuhkan raja-raja Melayu dan mengakibatkan anak-anak bangsa tercari-cari dalam lipatan sejarah sahaja. Orang Melayu juga perlu bertanggungjawab membawa perpaduan antara kaum supaya isu ketuanan Melayu ini tidak disalahertikan dan perlu dibetulkan tanggapan ini.

Tugas Kerajaan baru Perak,

Tanggungjawab besar oleh kerajaan baru yang didukung oleh BN, seharusnya mengembalikan kepercayaan orang melayu dan juga mengembalikan perpaduan antara kaum seperti sediakala. Tugas ini memenag memerlukan masa, namun jangan menghancurkan “harapan” , sebagaimana kehancuran yang terjadi pada masa kini. Tugas hakiki dan bersifat nasional ialah mengembalikan ekonomi negara kembali berdaya saing agar kehidupan rakyat kembali pulih dalam skop yang lebih aman, dan makmur.

Khairul Zaim Mohd Shaari
Mantan Timbalan Presiden
Mahasiswa Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
http://zaim-pejuangmudamelayu.blogspot.com

Muhyiddin anggap Karpal biadap pertikai kuasa Sultan Perak

Muhyiddin anggap Karpal biadap pertikai kuasa Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mentifatkan Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai biadap kerana mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung arahan pembatalan pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Beliau berkata tindakan menegur raja secara terbuka bukanlah adat rakyat Malaysia.
"Hanya kerana (parti) dia sudah mula berkuasa di Perak, baru menang dalam pilihan raya umum lepas, dia dah bersikap sombong dan bongkak.

"Kita kerajaan BN (Barisan Nasional) tidak pernah menyuarakan hal seperti itu dan kalau ada kita pergi jumpa, menghadap serta beritahu secara berbahasa.

Jadi ini (tindakan Karpal) kita kata kurang bahasa sikitlah," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat perabot, Edu World Services Sdn Bhd, di Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh kepada media semalam bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Jamry sebagai Pengarah JAIP.

Karpal Singh mendakwa arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undangundang dan sepatutnya keputusan terdahulu kerajaan negeri mengarahkan pertukaran Jamry dikekalkan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemimpin DAP itu mungkin hanya melihat tindakan Sultan Perak itu daripada sudut perundangan, tetapi mengikut amalan biasa, Sultan adalah ketua dalam urusan berkaitan soal agama di setiap negeri.

"Nak katakan Sultan tidak berhak itu tidak tepat dan dalam amalan biasa, bagi jawatan seperti yang disebutkan di Perak itu, adalah baik supaya ketua eksekutif negeri memberitahu atau berunding (dengan Sultan) kerana ini adat dalam kita mentadbir sesebuah negeri.

Mengambil contoh semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor selama 10 tahun sebelum ini, Muhyiddin berkata sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri untuk menjalin hubungan baik dengan Sultan dan segala urusan membabitkan hal ehwal negeri akan dimaklumkan kepada pihak istana.

"Kita mesti hormat (institusi diraja). Bukan kita nak berperang dengan sesiapa. Kadang-kadang dia (Karpal) fikir dia sudah 26 tahun di Parlimen dia sudah tahu semua itu, jadi dia tak perlu nak memberi hormat kepada pihak lain termasuk raja.

"Kita BN tak pernah keluarkan perkataan yang menyanggah apa yang disebut oleh raja kita dan itu mesti dihormati. Kalau orang tidak hormat perkara itu, kacau bilaulah negara kita," katanya.

Jumaat lepas Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. BERNAMA

  • E-mail this story
  • Print this story

« Kembali
Click Here
Ikuti Kami Di Twitter
Emel

09 Mac - 'Cubaan Lumpuh Kuasa Sultan'

raisyatim_

BACHOK: Pencabulan berterusan terhadap institusi Raja, termasuk cubaan mengheret istana ke mahkamah, didakwa sengaja dicetuskan pembangkang sebagai rancangan besar untuk melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tindakan pembangkang kebelakangan ini menggambarkan mereka seolah-olah mahu melihat kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan secara menyeluruh, berbanding apa yang berlaku menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993.

"Sekarang ini semacam ada 'grand design' untuk melumpuhkan kuasa tradisi Raja, walaupun ketika ini masih ada kekangan yang mampu menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

"Pembangkang dengan cara politik, menghasut pihak tertentu supaya bersama mereka bagi memastikan Raja-Raja Melayu yang mempunyai kuasa tradisi tidak lagi berkesan... itu yang saya nampak," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra di kediaman Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Illias Hussin di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, dalam ucapannya pada perjumpaan itu, Rais menegaskan Umno perlu berani mengambil langkah drastik bagi mengubah situasi membimbangkan itu, termasuk mengembalikan imuniti Raja-Raja Melayu.

"Kita memerlukan kepemimpinan yang berkesan dan berani untuk menyelamatkan keadaan tidak menentu ini," katanya.

Beliau berkata, bukan mudah untuk mengembalikan semula imuniti Raja-Raja Melayu selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 kerana peristiwa itu sudah melewati tempoh selama lebih 15 tahun.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memastikan kesatuan dalam Umno di semua peringkat, selain menggembleng semula kekuatan Umno yang menjadi tunjang bagi orang Melayu termasuk bangkit mempertahankan institusi beraja.

"Umno mempunyai lebih dua juta ahli, kita mesti menggunakan ahli yang sebenar-benarnya dalam perjuangan untuk membina semula parti yang diharap akan berlaku ketika kepemimpinan Datuk Seri Najib (Razak) nanti," katanya.

Rais berkata, peringatan tegas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mengenai penyatuan Melayu hendaklah dijadikan motivasi untuk Umno bangkit dalam isu ini.

"Kita tidak pernah ada pengalaman tiga Sultan ke depan dan bercakap soal penyatuan Melayu... tetapi nampaknya ia berlaku sekarang," katanya.

Sumber: Berita Harian

Lantik MB Kuasa Sultan

PAKAR Perlembagaan, Profesor Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa berkata parti yang memenangi pilihanraya berhak mencalonkan nama untuk perlantikan Menteri Besar, namun kuasa melantik MB terletak pada timbangtara Istana.

Jelas beliau dalam satu temubual bersama media Malaysia-kini, Perlembagaan menggariskan Sultan atau wakil yang diama-nahkan baginda berkuasa untuk melantik mana-mana calon dari parti yang memenangi pilihanraya bagi menjawat Ketua Eksekutif negeri.

“Seperti yang digariskan undang-undang, khususnya dalam hal timbangtara dan perkenan baginda Sultan, Idris Jusoh mahupun Perdana Menteri tidak boleh membuat paksaan dalam hal ini. Bahkan menurut undang-undang, PM tidak berhak untuk campurtangan kerana dalam hal ini, hanya Sultan yang menentukan,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, Abdul Aziz berkata pihak Istana harus menjelaskan sebab di sebalik keputusan itu.

“Dikatakan baginda Sultan murka dengan tragedi Batu Buruk dan kekacauan yang berlaku di Marang ketika hari pengundian lalu. Dua alasan ini sudah cukup kuat kerana Sultan bertanggungjawab melindungi Perlembagaan dan memastikan proses pilihanraya dilaksanakan dengan adil,” tegas Aziz.

“Saya yakin baginda Sultan mempunyai segala maklumat berkenaan kejadian yang berbangkit dalam negeri. Serta, sepertimana langkah yang diambil oleh monarki Perak, Perlis dan Selangor, Tuanku diamanahkan untuk melantik kerajaan yang stabil dan mempunyai sokongan yang luas,” kata Aziz.

Mengapa Umno diam di Perlis tapi mengganas di Terengganu?

Dengan menggambil contoh insiden perlantikan MB Perlis, Aziz Bari berkata kejadian di Perlis menguatkan hujah bahawa BN seharusnya menenangkan diri dan menerima titah Istana dengan hati terbuka.

Sejurus PRU12, Raja Perlis menguatkuasakan kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan untuk melantik Adun Bintong, Md Isa Sabu, selaku Menteri Besar dan menolak Shahidan Kassim yang disyorkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perlantikan Md Isa, Abdullah dan Umno tidak menyanggah mahupun membuat tunjuk perasaan membantah tindakan Raja Perlis itu. Respon Umno ini bagaimanapun berbeza dengan situasi di Terengganu.

“Undang-undang menggariskan bahawa ia tertakluk kepada Sultan, atau sesiapa sahaja yang di-amanahkan untuk melaksanakan kuasa itu. Bahkan, kuasa ini subjektif,” kata Abdul Aziz dan menambah kerana itu Raja Perlis berhak melantik Md Isa dan tidak tepat untuk mendakwa baginda telah melangkaui batas

Warkah untuk PM – Pak Lah pun sama dengan Karpal Singh saja

May 9th, 2008 at 9:41 am

Warkah untuk PM – Pak Lah pun sama dengan Karpal Singh saja?

» by Lilian in: politics

Warkah untuk PM means letter to the Prime Minister. There is also a website call Warkahuntukpm.com.my but does anyone even get a reply from the PM?  LOL

This is the current news from Malaysiakini and also in other media. Pak Lah asked Tengku Adnan to make a police report against Karpal Singh because Karpal Singh questioned the Sultan of Perak’s decision.

Umno buat laporan polis terhadap Karpal
Muda Mohd Noor & Siti Nurul Zahra Hamdan | May 8, 08 7:08pm

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor supaya membuat aduan polis terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pentadbiran negeri tersebut.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebelum ini mempersoalkan kuasa Sultan Perak khususnya dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Bercakap kepada pemberita di ibunegara petang ini, Abdullah berkata, kenyataan Karpal itu mempunyai unsur-unsur hasutan

“Saya telah memberitahu Tengku Adnan supaya membuat aduan di balai polis supaya dibawa kepada Peguam Negara dan mahkamah mengenai Karpal Singh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Mihas Showcase 2008″ di Tapak A, Pameran Mihas, Matrade di ibunegara hari ini.

Abdullah berkata, beliau juga diberitahu bahawa yang lain lagi – bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga bukan Melayu – membuat laporan polis yang sama.

Katanya, mereka membuat laporan tersebut kerana merasa tersinggung dan marah terhadap kenyataan Karpal Singh yang telah menimbulkan kemarahan ramai orang.

Now, let’s see the same scenario that happened on March 24th, 2008. This is taken from The Star. To make it clearer, I took screenshots of The Star article.

pak_lah_terengganu

Monday March 24, 2008
PM: Appointing anyone else is against Constitution

SEPANG: The appointment of anyone but Datuk Seri Idris Jusoh as Terengganu Mentri Besar is unconstitutional, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Most of the state assemblymen support Datuk Seri Idris. This fact remains unchanged. They are in agreement,” he told reporters after attending the 10th Petronas Malaysian Grand Prix yesterday.

“Therefore, appointing anyone else is not right constitutionally,” he said.

Abdullah was commenting on the Mentri Besar saga in which Kijal assemblyman Datuk Ahmad Said received his letter of appointment as the new Mentri Besar from Regency Advisory Council (MPPR) chief Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman at a closed-door ceremony at Istana Tetamu in Kuala Terengganu at 8.20am yesterday.

ScreenShot

Dear Pak Lah

I am only a mere rakyat. I make this decision based on my own opinions. I have never spoken to Karpal Singh and neither does Karpal Singh knows my existence. I have not even shaken hands with him. But I did take a photo because like every common citizens, we love to take pictures with VIPs and politicians. We can then show off to our neighbours that we were that close to a VIPs. Mere inches, close. If you are here and I have the chance to get near, I will take a photo with you as well. But I will make sure I stay several inches away for fear of being photoshopped like Michelle.

The above is to make it clear that I am not politically motivated. I am only asking you as a curious person.

PAK LAH, ISN’T THE ABOVE TWO SCENARIOS THE SAME?

The only difference is Karpal Singh is spelt with KS and your name is AAB. The royalties and the palaces command the same kind of respect.

So, Pak Lah, please explain to us, the rakyat of Malaysia…..Can I go to the police station and also make a report that on March 24th, 2008 you also made a seditious remarksyang berunsur hasutan dan mungkin menaikan kemarahan rakyat dan justeru itu, mengakibatkan kekacauan?

Lagi satu Pak Lah, mengapa Pak Lah begitu suka membangkitkan isu perkauman dalam komen Pak Lah?

Abdullah berkata, beliau juga diberitahu bahawa yang lain lagi – bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga bukan Melayu – membuat laporan polis yang sama.

Tolong Pak Lah jelaskan? Saya kurang faham. Apa bezanya?

And sorry if you feel offended that I questioned you. My sons do that to me all the time. They expect me to treat all their brothers equally so I am used to practise equality in meting out punishments or giving rewards. And when I cannot do it equally, I will tell them, “Sorry, I give preference to your little brother because he is cuter.” They are satisfied because I am being frank and I have valid reasons. So, please be frank with us and we will be satisfied too.

Pertikai kuasa raja tidak hormati perlembagaan

Wednesday, 07 May 2008 06:24am

Utusan Malaysia

APA niat Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secara terbuka?

Adakah pembangkang kini mabuk kuasa ekoran pencapaian luar biasa mereka pada pilihan raya umum lalu, atau sekadar mahu memperlekehkan institusi kesultanan di negara ini.

Sedangkan keputusan Sultan Azlan Shah berhubung Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jamry Sury langsung tidak ada kena-mengena dengan Karpal atau DAP.

Jika Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar sudah pun meminta maaf, kenapa Karpal perlu lebih-lebih? Kenapa Karpal mahu mencampuri urusan orang Islam di Perak?

Ibarat lebih sudu dari kuah, Karpal dengan biadap mempertikaikan keputusan itu seolah-olah cuba mencabar sultan dan orang Melayu di negara ini.

Seperti kata Karpal, memang benar rakyat negara ini tidak lagi hidup di zaman feudal. Tetapi orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia masih lagi menyanjungi sultan dan raja mereka.

Malah sultan dan raja di negara ini masih mempunyai hak dan kuasa terutama dalam hal yang berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam.

Lagi pula, raja-raja Melayu ialah lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada negeri-negeri Melayu yang lain.

Jadi dalam apa juga urusan kenegaraan tidak boleh dipisahkan antara institusi raja dengan Perlembagaan negara kerana ia berkait rapat.

Tidak mungkin seorang peguam terkenal seperti Karpal tidak faham bahawa segala urusan berkaitan dengan Melayu dan Islam terletak di bawah kuasa raja-raja.

Lebih-lebih lagi urusan yang berkaitan dengan pengarah Jabatan Agama Islam dan mufti memang terletak di bawah kuasa sultan. Berbeza dengan jawatan di jabatan lain, dua jawatan itu sangat rapat dengan sultan.

Oleh itu, apa yang dilakukan istana Perak selari dengan peruntukan Perlembagaan. Jadi ia tidak perlu dipertikaikan terutama oleh pemimpin DAP seperti Karpal.

Tindakan Karpal campur tangan dalam urusan agama Islam tentu mempunyai maksud tertentu.

Kenyataan Karpal itu juga seolah-olah menggambarkan Menteri Besar Perak dari Pas itu sekadar boneka sahaja.

Sebab itu Pengerusi DAP itu berani berkata bahawa kerajaan negeri tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan istana.

Jika kerajaan negeri tidak perlu mendengar apa juga nasihat daripada istana, apa fungsinya kedudukan sultan dan institusi raja?

Yang nyata, tindakan Karpal menegur keputusan Sultan Perak secara terbuka tidak dialu-alukan oleh orang Melayu di negara ini.

Apa yang ditegur dan disentuh oleh Sultan Perak semata-mata berkaitan dengan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

Ia langsung tidak menyentuh kepentingan dan sensitiviti kaum lain. Jadi, Karpal tidak perlu celupar dengan raja-raja Melayu. Atau Karpal sengaja mahu mencetuskan ketegangan kaum dengan membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Karpal pertikai kuasa Sultan Perak


Tuesday, 06 May 2008 07:05am

Berita Harian

PENGERUSI DAP, Karpal Singh semalam mempertikaikan kuasa Sultan dan campur tangan istana dalam pentadbiran kerajaan negeri, termasuk dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury.

Beliau mendakwa Sultan Perak tidak mempunyai hak dalam undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan Kerajaan Negeri Perak yang menukar Jamry sebagai Pengarah Jaip baru-baru ini.

"Dalam satu kes di Mahkamah Persekutuan pada 1982, jelas menunjukkan kerajaan negeri berhak menukar kakitangan awam termasuk di peringkat Pusat pada bila-bila masa dan ke mana saja. Sultan Perak pernah menjadi Ketua Hakim dan tidak sedar kes ini.

"Menteri Besar Perak sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan Perak tidak sepatutnya dipengaruhi istana...begitu juga dengan perkara pelantikan Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Perlis yang mana istana campur tangan.

"Istana kena faham jangan melampaui batas dan had kuasa. Sultan adalah ketua negeri masing-masing. Malaysia adalah negara tunggal yang ada sembilan sultan, jumlah terbesar di dunia. Kerajaan Pusat patut memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Menteri Besar Perak melantik semula Jamry.

"Kita tak hidup dalam zaman feudal lagi. Sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai penasihat eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.
Karpal mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan supaya Anugerah Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ditarik balik.

Beliau berkata, arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang dan Jamry sepatutnya ditukar seperti keputusan awal yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak perlu meminta maaf kerana tiada salahnya keputusan beliau menukar Jamry.

"Sultan adalah ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam adalah kuasa kerajaan negeri, digaji oleh kerajaan negeri dan sebagai kakitangan kerajaan, mereka boleh boleh ditukar tanpa memberi sebarang alasan. Kalau dipecat, kena beri hak untuk beri penjelasan.

"Pertukaran adalah kuasa kerajaan negeri. Menteri Besar Perak membuat keputusan salah kerana menarik balik keputusan pertukaran Jamry," katanya.

Sementara itu, Ngeh mencabar Zahid untuk membuktikan keikhlasannya sebagai ahli politik kerana pemimpin itu pernah menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudian mengubah haluan dengan menyokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menafikan dirinya mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan negeri yang didakwa cuba mensabotaj dasar kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.