Thursday, 28 January 2010

Jangan Persendakan “kedaulatan Raja-raja Melayu

Kenyataan Pengerusi DAP Malaysia, Kapal Singh berhubung hasratnya menyaman ke bawah duli Sultan Perak , baru-baru ini benar-benar memberi tamparan hebat bagi orang Melayu. Kenyataan Kapal Singh ini sebenarnya seperti sudah lama dipendamnya, umpamanya isu masuk campurnya dalam urusan Jabatan Agama Islam Perak pada tahun lepas.
Hasrat Kapal Singh menyaman Sultan Perak yang sebagaimana kita ketahui, ialah berpunca dari isu “ kemenangan ajaib BN Perak” yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak apabila BN perak mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan.

Jangan Perkotak- katikkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak

Pakatan rakyat (PR) seharusnya menuding jari pada diri sendiri , apabila kepercayaan yang diberikan oleh rakyat jelata khususnya di Perak, pada pilihan raya umum ke 12 (PRU 12), tidak dibuat bersungguh -sungguh, apabila berlakunya masalah dalaman sepertinya pepecahan pendapat, isu kuasa memerintah, kerajaan boneka dan isu harta benda seperti isu kereta yang mana lebih banyak jika dibandingkan dengan perhebahan membantu rakyat perak serta turun padang ke kawasan masing-masing.

Bekas Menteri Besar dan Exco Kerajaan Campuran Perak yang sampai sekarang masih mengganggap masih berkuasa seharusnya menghormati Undang –undang Perak dan perkenan Sultan Perak.

Hal demikian, rakyat jelata mesti memahami, setiap undang-undang negeri –negeri di Malaysia ada kelainannya, khususnya di negerai Perak, yang mana Perak menggunakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (UUTKP). Perkara ini boleh dilihat berdasarkan peruntukan Fasal 16(6), yang antara lainnya menyebut ;

Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN –
MB hendaklah (”shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (”Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.

Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini.

UUTKP juga memberi penerangan berdasarkan peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya). Fasal 18(2) (b) menerangkan bahawa Sultan Perak menggunakan kuasa budi bicara (kuasa menentukan sesuatu dan bertindak atas penilaiannya sendiri. Sultan menggunakan fasal ini bagi memikirkan kebenarannya dan memperkenankan kerajaan baru dibuat.

Perpaduan orang Melayu dan bangsa lain bersama

Setelah berlakunya demontrasi di Istana Kuala Kangsar, timbul satu perasaan hati kecil yang bertanya-tanya, kenapa sampai begini jadinya sehingga sanggup melampaui batasan kenormaan orang Melayu. Jika dikatakan demontrasi dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang menghimpunkan parti DAP, Keadilan , dan Pas, tetapi kenapa hanya ada orang Melayu (Pas) yang menyorak-yorak dan berdemontrasi . Mana hilangnya kawan-kawan mereka di kalangan DAP dan Keadilan.” Tepuk dada tanya iman”. Ada juga sebahagian penyokong pembangkang menunjukkan kekesalannya kerana kawan-kawan ( parti) mereka yang hilang entak ke mana.

Kita sedia maklum, bahawa kuasa bekas kerajaan campuran Perak adalah dipegang oleh DAP, dan hal ini telah menjadikan MB (PAS) sebagai boneka mereka. Cuma, perkara yang menjadi tanda tanya, adakah orang Melayu yang menyertai DAP juga telah “menderhaka” perintah Sultan dan raja-raja Melayu, sebagai mana pengerusinya iaitu Parti DAP Kapal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak.

Jika disusuri dalam “Sejarah Melayu” ataupun “Sulalatus salatin” yang dinukilankan oleh Tun Sri Lanang, telah memberi gambaran bahawa orang Melayu pantang menderhaka kepada rajanya. Perkataan “ derhaka” bagi orang Melayu jika ketika dahulu sangat ditakuti kerana di datangi oleh “tulah”.Seharusnya orang Melayu perlu menghormati Sultan dan raja-raja Melayu sebagaimana raja bertindak sebagai ketua negara, dan ketua agama Islam.

Seharusnya, pada masa ini orang Melayu perlu bersama-sama bermuhasabah diri setelah bermacam ketidakstabilan perpaduan orang Melayu yang merugikan bangsa sendiri.Hal ini bukan hanya bagi Pakatan Rakyat (Melayu) tetapi perlu diambil serius oleh Barisan Nasional (Melayu). Orang Melayu Perlu berikrar menjaga kedaulatan Raja-raja Melayu, agar anak-anak warisan kita faham erti Kesultanan dan raja-raja Melayu.

Janganlah sampai mahu menjatuhkan raja-raja Melayu dan mengakibatkan anak-anak bangsa tercari-cari dalam lipatan sejarah sahaja. Orang Melayu juga perlu bertanggungjawab membawa perpaduan antara kaum supaya isu ketuanan Melayu ini tidak disalahertikan dan perlu dibetulkan tanggapan ini.

Tugas Kerajaan baru Perak,

Tanggungjawab besar oleh kerajaan baru yang didukung oleh BN, seharusnya mengembalikan kepercayaan orang melayu dan juga mengembalikan perpaduan antara kaum seperti sediakala. Tugas ini memenag memerlukan masa, namun jangan menghancurkan “harapan” , sebagaimana kehancuran yang terjadi pada masa kini. Tugas hakiki dan bersifat nasional ialah mengembalikan ekonomi negara kembali berdaya saing agar kehidupan rakyat kembali pulih dalam skop yang lebih aman, dan makmur.

Khairul Zaim Mohd Shaari
Mantan Timbalan Presiden
Mahasiswa Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
http://zaim-pejuangmudamelayu.blogspot.com

Muhyiddin anggap Karpal biadap pertikai kuasa Sultan Perak

Muhyiddin anggap Karpal biadap pertikai kuasa Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mentifatkan Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai biadap kerana mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung arahan pembatalan pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Beliau berkata tindakan menegur raja secara terbuka bukanlah adat rakyat Malaysia.
"Hanya kerana (parti) dia sudah mula berkuasa di Perak, baru menang dalam pilihan raya umum lepas, dia dah bersikap sombong dan bongkak.

"Kita kerajaan BN (Barisan Nasional) tidak pernah menyuarakan hal seperti itu dan kalau ada kita pergi jumpa, menghadap serta beritahu secara berbahasa.

Jadi ini (tindakan Karpal) kita kata kurang bahasa sikitlah," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat perabot, Edu World Services Sdn Bhd, di Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh kepada media semalam bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Jamry sebagai Pengarah JAIP.

Karpal Singh mendakwa arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undangundang dan sepatutnya keputusan terdahulu kerajaan negeri mengarahkan pertukaran Jamry dikekalkan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemimpin DAP itu mungkin hanya melihat tindakan Sultan Perak itu daripada sudut perundangan, tetapi mengikut amalan biasa, Sultan adalah ketua dalam urusan berkaitan soal agama di setiap negeri.

"Nak katakan Sultan tidak berhak itu tidak tepat dan dalam amalan biasa, bagi jawatan seperti yang disebutkan di Perak itu, adalah baik supaya ketua eksekutif negeri memberitahu atau berunding (dengan Sultan) kerana ini adat dalam kita mentadbir sesebuah negeri.

Mengambil contoh semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor selama 10 tahun sebelum ini, Muhyiddin berkata sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri untuk menjalin hubungan baik dengan Sultan dan segala urusan membabitkan hal ehwal negeri akan dimaklumkan kepada pihak istana.

"Kita mesti hormat (institusi diraja). Bukan kita nak berperang dengan sesiapa. Kadang-kadang dia (Karpal) fikir dia sudah 26 tahun di Parlimen dia sudah tahu semua itu, jadi dia tak perlu nak memberi hormat kepada pihak lain termasuk raja.

"Kita BN tak pernah keluarkan perkataan yang menyanggah apa yang disebut oleh raja kita dan itu mesti dihormati. Kalau orang tidak hormat perkara itu, kacau bilaulah negara kita," katanya.

Jumaat lepas Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. BERNAMA

  • E-mail this story
  • Print this story

« Kembali
Click Here
Ikuti Kami Di Twitter
Emel

09 Mac - 'Cubaan Lumpuh Kuasa Sultan'

raisyatim_

BACHOK: Pencabulan berterusan terhadap institusi Raja, termasuk cubaan mengheret istana ke mahkamah, didakwa sengaja dicetuskan pembangkang sebagai rancangan besar untuk melumpuhkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tindakan pembangkang kebelakangan ini menggambarkan mereka seolah-olah mahu melihat kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan secara menyeluruh, berbanding apa yang berlaku menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993.

"Sekarang ini semacam ada 'grand design' untuk melumpuhkan kuasa tradisi Raja, walaupun ketika ini masih ada kekangan yang mampu menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

"Pembangkang dengan cara politik, menghasut pihak tertentu supaya bersama mereka bagi memastikan Raja-Raja Melayu yang mempunyai kuasa tradisi tidak lagi berkesan... itu yang saya nampak," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra di kediaman Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Illias Hussin di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, dalam ucapannya pada perjumpaan itu, Rais menegaskan Umno perlu berani mengambil langkah drastik bagi mengubah situasi membimbangkan itu, termasuk mengembalikan imuniti Raja-Raja Melayu.

"Kita memerlukan kepemimpinan yang berkesan dan berani untuk menyelamatkan keadaan tidak menentu ini," katanya.

Beliau berkata, bukan mudah untuk mengembalikan semula imuniti Raja-Raja Melayu selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 kerana peristiwa itu sudah melewati tempoh selama lebih 15 tahun.

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memastikan kesatuan dalam Umno di semua peringkat, selain menggembleng semula kekuatan Umno yang menjadi tunjang bagi orang Melayu termasuk bangkit mempertahankan institusi beraja.

"Umno mempunyai lebih dua juta ahli, kita mesti menggunakan ahli yang sebenar-benarnya dalam perjuangan untuk membina semula parti yang diharap akan berlaku ketika kepemimpinan Datuk Seri Najib (Razak) nanti," katanya.

Rais berkata, peringatan tegas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mengenai penyatuan Melayu hendaklah dijadikan motivasi untuk Umno bangkit dalam isu ini.

"Kita tidak pernah ada pengalaman tiga Sultan ke depan dan bercakap soal penyatuan Melayu... tetapi nampaknya ia berlaku sekarang," katanya.

Sumber: Berita Harian

Lantik MB Kuasa Sultan

PAKAR Perlembagaan, Profesor Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa berkata parti yang memenangi pilihanraya berhak mencalonkan nama untuk perlantikan Menteri Besar, namun kuasa melantik MB terletak pada timbangtara Istana.

Jelas beliau dalam satu temubual bersama media Malaysia-kini, Perlembagaan menggariskan Sultan atau wakil yang diama-nahkan baginda berkuasa untuk melantik mana-mana calon dari parti yang memenangi pilihanraya bagi menjawat Ketua Eksekutif negeri.

“Seperti yang digariskan undang-undang, khususnya dalam hal timbangtara dan perkenan baginda Sultan, Idris Jusoh mahupun Perdana Menteri tidak boleh membuat paksaan dalam hal ini. Bahkan menurut undang-undang, PM tidak berhak untuk campurtangan kerana dalam hal ini, hanya Sultan yang menentukan,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, Abdul Aziz berkata pihak Istana harus menjelaskan sebab di sebalik keputusan itu.

“Dikatakan baginda Sultan murka dengan tragedi Batu Buruk dan kekacauan yang berlaku di Marang ketika hari pengundian lalu. Dua alasan ini sudah cukup kuat kerana Sultan bertanggungjawab melindungi Perlembagaan dan memastikan proses pilihanraya dilaksanakan dengan adil,” tegas Aziz.

“Saya yakin baginda Sultan mempunyai segala maklumat berkenaan kejadian yang berbangkit dalam negeri. Serta, sepertimana langkah yang diambil oleh monarki Perak, Perlis dan Selangor, Tuanku diamanahkan untuk melantik kerajaan yang stabil dan mempunyai sokongan yang luas,” kata Aziz.

Mengapa Umno diam di Perlis tapi mengganas di Terengganu?

Dengan menggambil contoh insiden perlantikan MB Perlis, Aziz Bari berkata kejadian di Perlis menguatkan hujah bahawa BN seharusnya menenangkan diri dan menerima titah Istana dengan hati terbuka.

Sejurus PRU12, Raja Perlis menguatkuasakan kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan untuk melantik Adun Bintong, Md Isa Sabu, selaku Menteri Besar dan menolak Shahidan Kassim yang disyorkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perlantikan Md Isa, Abdullah dan Umno tidak menyanggah mahupun membuat tunjuk perasaan membantah tindakan Raja Perlis itu. Respon Umno ini bagaimanapun berbeza dengan situasi di Terengganu.

“Undang-undang menggariskan bahawa ia tertakluk kepada Sultan, atau sesiapa sahaja yang di-amanahkan untuk melaksanakan kuasa itu. Bahkan, kuasa ini subjektif,” kata Abdul Aziz dan menambah kerana itu Raja Perlis berhak melantik Md Isa dan tidak tepat untuk mendakwa baginda telah melangkaui batas

Warkah untuk PM – Pak Lah pun sama dengan Karpal Singh saja

May 9th, 2008 at 9:41 am

Warkah untuk PM – Pak Lah pun sama dengan Karpal Singh saja?

» by Lilian in: politics

Warkah untuk PM means letter to the Prime Minister. There is also a website call Warkahuntukpm.com.my but does anyone even get a reply from the PM?  LOL

This is the current news from Malaysiakini and also in other media. Pak Lah asked Tengku Adnan to make a police report against Karpal Singh because Karpal Singh questioned the Sultan of Perak’s decision.

Umno buat laporan polis terhadap Karpal
Muda Mohd Noor & Siti Nurul Zahra Hamdan | May 8, 08 7:08pm

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor supaya membuat aduan polis terhadap pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pentadbiran negeri tersebut.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebelum ini mempersoalkan kuasa Sultan Perak khususnya dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Bercakap kepada pemberita di ibunegara petang ini, Abdullah berkata, kenyataan Karpal itu mempunyai unsur-unsur hasutan

“Saya telah memberitahu Tengku Adnan supaya membuat aduan di balai polis supaya dibawa kepada Peguam Negara dan mahkamah mengenai Karpal Singh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Mihas Showcase 2008″ di Tapak A, Pameran Mihas, Matrade di ibunegara hari ini.

Abdullah berkata, beliau juga diberitahu bahawa yang lain lagi – bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga bukan Melayu – membuat laporan polis yang sama.

Katanya, mereka membuat laporan tersebut kerana merasa tersinggung dan marah terhadap kenyataan Karpal Singh yang telah menimbulkan kemarahan ramai orang.

Now, let’s see the same scenario that happened on March 24th, 2008. This is taken from The Star. To make it clearer, I took screenshots of The Star article.

pak_lah_terengganu

Monday March 24, 2008
PM: Appointing anyone else is against Constitution

SEPANG: The appointment of anyone but Datuk Seri Idris Jusoh as Terengganu Mentri Besar is unconstitutional, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Most of the state assemblymen support Datuk Seri Idris. This fact remains unchanged. They are in agreement,” he told reporters after attending the 10th Petronas Malaysian Grand Prix yesterday.

“Therefore, appointing anyone else is not right constitutionally,” he said.

Abdullah was commenting on the Mentri Besar saga in which Kijal assemblyman Datuk Ahmad Said received his letter of appointment as the new Mentri Besar from Regency Advisory Council (MPPR) chief Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman at a closed-door ceremony at Istana Tetamu in Kuala Terengganu at 8.20am yesterday.

ScreenShot

Dear Pak Lah

I am only a mere rakyat. I make this decision based on my own opinions. I have never spoken to Karpal Singh and neither does Karpal Singh knows my existence. I have not even shaken hands with him. But I did take a photo because like every common citizens, we love to take pictures with VIPs and politicians. We can then show off to our neighbours that we were that close to a VIPs. Mere inches, close. If you are here and I have the chance to get near, I will take a photo with you as well. But I will make sure I stay several inches away for fear of being photoshopped like Michelle.

The above is to make it clear that I am not politically motivated. I am only asking you as a curious person.

PAK LAH, ISN’T THE ABOVE TWO SCENARIOS THE SAME?

The only difference is Karpal Singh is spelt with KS and your name is AAB. The royalties and the palaces command the same kind of respect.

So, Pak Lah, please explain to us, the rakyat of Malaysia…..Can I go to the police station and also make a report that on March 24th, 2008 you also made a seditious remarksyang berunsur hasutan dan mungkin menaikan kemarahan rakyat dan justeru itu, mengakibatkan kekacauan?

Lagi satu Pak Lah, mengapa Pak Lah begitu suka membangkitkan isu perkauman dalam komen Pak Lah?

Abdullah berkata, beliau juga diberitahu bahawa yang lain lagi – bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga bukan Melayu – membuat laporan polis yang sama.

Tolong Pak Lah jelaskan? Saya kurang faham. Apa bezanya?

And sorry if you feel offended that I questioned you. My sons do that to me all the time. They expect me to treat all their brothers equally so I am used to practise equality in meting out punishments or giving rewards. And when I cannot do it equally, I will tell them, “Sorry, I give preference to your little brother because he is cuter.” They are satisfied because I am being frank and I have valid reasons. So, please be frank with us and we will be satisfied too.

Pertikai kuasa raja tidak hormati perlembagaan

Wednesday, 07 May 2008 06:24am

Utusan Malaysia

APA niat Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secara terbuka?

Adakah pembangkang kini mabuk kuasa ekoran pencapaian luar biasa mereka pada pilihan raya umum lalu, atau sekadar mahu memperlekehkan institusi kesultanan di negara ini.

Sedangkan keputusan Sultan Azlan Shah berhubung Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jamry Sury langsung tidak ada kena-mengena dengan Karpal atau DAP.

Jika Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar sudah pun meminta maaf, kenapa Karpal perlu lebih-lebih? Kenapa Karpal mahu mencampuri urusan orang Islam di Perak?

Ibarat lebih sudu dari kuah, Karpal dengan biadap mempertikaikan keputusan itu seolah-olah cuba mencabar sultan dan orang Melayu di negara ini.

Seperti kata Karpal, memang benar rakyat negara ini tidak lagi hidup di zaman feudal. Tetapi orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia masih lagi menyanjungi sultan dan raja mereka.

Malah sultan dan raja di negara ini masih mempunyai hak dan kuasa terutama dalam hal yang berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam.

Lagi pula, raja-raja Melayu ialah lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga kepada negeri-negeri Melayu yang lain.

Jadi dalam apa juga urusan kenegaraan tidak boleh dipisahkan antara institusi raja dengan Perlembagaan negara kerana ia berkait rapat.

Tidak mungkin seorang peguam terkenal seperti Karpal tidak faham bahawa segala urusan berkaitan dengan Melayu dan Islam terletak di bawah kuasa raja-raja.

Lebih-lebih lagi urusan yang berkaitan dengan pengarah Jabatan Agama Islam dan mufti memang terletak di bawah kuasa sultan. Berbeza dengan jawatan di jabatan lain, dua jawatan itu sangat rapat dengan sultan.

Oleh itu, apa yang dilakukan istana Perak selari dengan peruntukan Perlembagaan. Jadi ia tidak perlu dipertikaikan terutama oleh pemimpin DAP seperti Karpal.

Tindakan Karpal campur tangan dalam urusan agama Islam tentu mempunyai maksud tertentu.

Kenyataan Karpal itu juga seolah-olah menggambarkan Menteri Besar Perak dari Pas itu sekadar boneka sahaja.

Sebab itu Pengerusi DAP itu berani berkata bahawa kerajaan negeri tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan istana.

Jika kerajaan negeri tidak perlu mendengar apa juga nasihat daripada istana, apa fungsinya kedudukan sultan dan institusi raja?

Yang nyata, tindakan Karpal menegur keputusan Sultan Perak secara terbuka tidak dialu-alukan oleh orang Melayu di negara ini.

Apa yang ditegur dan disentuh oleh Sultan Perak semata-mata berkaitan dengan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

Ia langsung tidak menyentuh kepentingan dan sensitiviti kaum lain. Jadi, Karpal tidak perlu celupar dengan raja-raja Melayu. Atau Karpal sengaja mahu mencetuskan ketegangan kaum dengan membangkitkan kemarahan orang Melayu.

Karpal pertikai kuasa Sultan Perak


Tuesday, 06 May 2008 07:05am

Berita Harian

PENGERUSI DAP, Karpal Singh semalam mempertikaikan kuasa Sultan dan campur tangan istana dalam pentadbiran kerajaan negeri, termasuk dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury.

Beliau mendakwa Sultan Perak tidak mempunyai hak dalam undang-undang untuk campur tangan dalam keputusan Kerajaan Negeri Perak yang menukar Jamry sebagai Pengarah Jaip baru-baru ini.

"Dalam satu kes di Mahkamah Persekutuan pada 1982, jelas menunjukkan kerajaan negeri berhak menukar kakitangan awam termasuk di peringkat Pusat pada bila-bila masa dan ke mana saja. Sultan Perak pernah menjadi Ketua Hakim dan tidak sedar kes ini.

"Menteri Besar Perak sudah meminta maaf kepada sultan. Kerajaan Perak tidak sepatutnya dipengaruhi istana...begitu juga dengan perkara pelantikan Menteri Besar Terengganu dan Menteri Besar Perlis yang mana istana campur tangan.

"Istana kena faham jangan melampaui batas dan had kuasa. Sultan adalah ketua negeri masing-masing. Malaysia adalah negara tunggal yang ada sembilan sultan, jumlah terbesar di dunia. Kerajaan Pusat patut memastikan sultan dilarang daripada campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Menteri Besar Perak melantik semula Jamry.

"Kita tak hidup dalam zaman feudal lagi. Sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai penasihat eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.
Karpal mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan supaya Anugerah Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ditarik balik.

Beliau berkata, arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang dan Jamry sepatutnya ditukar seperti keputusan awal yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak perlu meminta maaf kerana tiada salahnya keputusan beliau menukar Jamry.

"Sultan adalah ketua agama Islam tetapi pelantikan kakitangan awam adalah kuasa kerajaan negeri, digaji oleh kerajaan negeri dan sebagai kakitangan kerajaan, mereka boleh boleh ditukar tanpa memberi sebarang alasan. Kalau dipecat, kena beri hak untuk beri penjelasan.

"Pertukaran adalah kuasa kerajaan negeri. Menteri Besar Perak membuat keputusan salah kerana menarik balik keputusan pertukaran Jamry," katanya.

Sementara itu, Ngeh mencabar Zahid untuk membuktikan keikhlasannya sebagai ahli politik kerana pemimpin itu pernah menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudian mengubah haluan dengan menyokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menafikan dirinya mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beberapa pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan negeri yang didakwa cuba mensabotaj dasar kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.